Wednesday, July 29, 2009
Selamat Pengantin Baru
H/B : 24 Julai 2009
Masa : 0900-0000 hrs
Bertempat di kampung Chekok, Pulai Chondong, atas pelawaan Abe Jak Nadira Fc turut sama-sama meringankan tulang bertugas sebagai jukaka membantu program tersebut berjalan lancar. Terima kasih kepada in-charge saudara Ise, Saudara Gedek dan 2 tiga orang lagi veteran yang turut sama-sama hadir membantu apa yang patut.
Hampir 20 belia dari Kampung Joh yang kesemuanya berbaju merah (bukan dari Siam) tertukis NADIRA FC JOH membanggakan apabila rata-rata penduduk kampung Chekok menunjukkan rasa bangga masih lagi ada golongan muda yang ringan tulang untuk membantu kerja-kerja kemasyarakatan. Majlis sempena perkahwinan anak kepada Abe jak (Sunita).
walaupun rata-rata mereka masih setahun jagung dan masih kelihatan janggal serta kekok, malu (mungkin) tapi ini tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk belajar melalui pengalaman. Keadaan ini mustahil kita dapat lalui di bandar-bandar.
Komitmen anak muda NADIRA JOH FC amat membanggakan walaupun tanpa upah dan hanya sekadar mungkin 2 hingga ke 3 kotak DUNHILL (ubat kencing manis) tapi komitmen dan kerjasama mereka amat dihargai oleh tuan kija...
Terima kasih: Che kar, Iwe, Muis, Wi, Abe Nua, Ngah, Ise, Bob, Adik, Abe etc.
Jangan jealous malam tu semua dihiburkan pula dengan persembahan dikir barat oleh tuan rumah sebagai menghargai sumbangan dan pertolongan oleh semua yang terlibat. Tukang karut malam tu adalah (Pok Leh Selut) berasal dari Lorong Minyak Gas. Hingga ada kalangan kita yang bawa balik gulai serta buah tangan yang telah basi untuk keluarga...
..Sekali lagi Terima Kasih untuk pendokong Nadira FC & Selamat Pengantin Baru untuk pengantin...
TQ, Ismails...
Sunday, July 19, 2009
Military Police (MP Kem Desa Pahlawan)
Perlawanan Persahabatan Bersama Kor Polis Angkatan Tentera Kem Desa Pahlawan
Result : 3/4
Penjaring NADIRA JOH FC : Mani (Adik) ; 1 gol
Pa ; 2 gol
17 Julai 2009 (Jumaat): Biar pun dicemari sedikit insiden yang tidak diingini namun NFC masih mampu menewaskan pasukan yang lebih hebat berbanding lawan pada minggu sebelumnya. Pemain dan pengurusan perlu bijak mengawal emosi dan semangat berpasukan perlu diterapkan lebih lagi di dalam pasukan. Cadangan mungkin selepas ini jika persembahan semakin meningkat. Team akan menganjurkan perkelahan atau program lain yang dapat merapatkan ukhhuwwah antara ahli. Jangan hanya sekadar perkara remeh NFC yang baru setahun jagung ini berkubur begitu sahaja sedangkan kita ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan...
'Buang Yang Keruh ambil yang Jernih'
TQ,,
Ismails
Saturday, July 18, 2009
Perlawanan Persahabatan Bersama RAJD
Kota Bharu: Sekali lagi pelawaan dari Li (RAJD) untuk mengadakan perlawanan pendedahan kepada pasukan NADIRA FC menunjukkan para pemain NFC makin menunjukkan kematangan corak permainan masing-masing. Walaupun ketinggalan 1 gol pada separuh masa yang pertama, NFC tidak mudah putus asa dan menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama serta menambah 3 lagi jaringan pada separuh masa yang kedua. Rata-rata pemain muda mula menunjukkan persefahaman di bawah bimbingan Saudara Hisham dan Yi. Walaupun masih ada pemain yang kelihatan masih gugup di padang situasi ini mungkin akan dapat diatasi sekiranya perlawanan pendedahan sentiasa diadakan. Mungkin pelapis penjaga gol sukar dicari ganti untuk menggantikan Cikgu Pokya, Eman JR, tetapi dengan latihan yang keras, harapan agar NFC dapat pergi lebih jauh dan digeruni oleh warga setempat. Berikut rakaman photo aksi-aksi sebelum dan selepas perlawanan diantara RAJD dan NFC....
Brainwash session.....
-Thanks-
IsmailS