Wednesday, December 2, 2009

Banjir Gelombang Ke-3

....Sekali lagi Kampung kita dilanda bah, hujan lebat sejak Ahad lepas menyebabkan aliran sungai utama Joh terus meningkat, keadaan diburukkan dengan keadaan jalan utama Labok- Joh yang masih dalam pembinaan mengakibatkan lopak-lopak besar dan aliran air yang dalam terbentuk boleh mengakibatkan kemalangan dan bahaya kepada pengguna terutama kalangan kanak-kanak dan warga emas yang menggunakan laluan tersebut. Aidiladha 1430 telah berlalu dan alhamdulillah Aidiladha pada tahun ini disambut dalam keadaan yang selesa. Lebih dari sepuluh ekor lembu telah dikorbankan dan di Lorong Minyak Gas sahaja tiga ekor telah dikorbankan oleh Pak Teh Pin.
...Tidak lupa juga tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada saudara Wayi yang telah melangsungkan perkahwinan dan majlis bertandang telah diadakan di Padang Luas pada Hari Raya Ke-3 yang lepas...

TQ,

1 comment: