....Sekali lagi Kampung kita dilanda bah, hujan lebat sejak Ahad lepas menyebabkan aliran sungai utama Joh terus meningkat, keadaan diburukkan dengan keadaan jalan utama Labok- Joh yang masih dalam pembinaan mengakibatkan lopak-lopak besar dan aliran air yang dalam terbentuk boleh mengakibatkan kemalangan dan bahaya kepada pengguna terutama kalangan kanak-kanak dan warga emas yang menggunakan laluan tersebut. Aidiladha 1430 telah berlalu dan alhamdulillah Aidiladha pada tahun ini disambut dalam keadaan yang selesa. Lebih dari sepuluh ekor lembu telah dikorbankan dan di Lorong Minyak Gas sahaja tiga ekor telah dikorbankan oleh Pak Teh Pin.
...Tidak lupa juga tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada saudara Wayi yang telah melangsungkan perkahwinan dan majlis bertandang telah diadakan di Padang Luas pada Hari Raya Ke-3 yang lepas...
TQ,
Wednesday, December 2, 2009
Monday, November 16, 2009
Muay Thai.....
......atas inisiatif kawe agar anok muda denge belia kampung ni tak gi ngarut kok sei, kawe cuba jugok bukok gelanggang ni, Alhamdulillah sambute diterimo baik cumo nak mtk sokonge jugaklah dari puok-puok kito samada luar atau dale Joh sendiri samo-samo bagi sokonge pada ambo.....
(Saudara Pudin)...
Itulah harapan dan impian sedaro kito Abg Din dibantu 2 tigo oghe lagi seperti Pak Ju, Saidi dan tak lupo Hise, Cikgu Mae...TQ All yang samo-samo bertungkus-lumus untuk menghidupkan kembali tradisi Muay Thai di Joh. Gelanggang di Lorong Minyak Gas dibuka dan mula menitiskan peluh jate sulong dale 2 tigo hari lepas....Harap lepas ni jange pulok budok-budok kito tak leh setok angin sikit nak bagi motong, maksa, 1-2, kat sebarange oghe jah...hati-hati tu...
Latihan diselenggara oleh Abang Din kita tanpa bayaran (sumbangan dan derma ikhlas dialukan) Kepada warga Joh di KL atau merato tempat, Diharap beri sokongan anda dan sapo2 hok balik bercuti rayo nih bulih jugok masuk alah ko Lorong tu, jengok-jengok gelanggang kita disamping bagi moral support untuk Abg Din kita tuh...
Tahniah jugok kepada Skuad Wira Merah Kelate yang telah sudi untk mengalahkan diri anda kepada Negeri Sembilan...Frust wehh...next time showed the better one for All supporters...
TQ..
Ismail's..
0173459784

Monday, October 26, 2009
Kesulitan amat Dikesali
Assalamualaikum wbt.
Banyak program-program yang dijalankan terpaksa diholdkan dari di kemaskini kedalam web. masalah disebabkan jaringan yang tidak memuaskan yang mana gambar atau video tidak dapat diakses kedalam web. Jadi kepada pelayar dan warga Joh diminta bersabar dan insyaAllah selepas masalah ini dapat diatasi, keseluruhan perkembangan terkini dan program yang dijalankan di Kampung kita akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Harap Maaf...
Ismail's

Sunday, August 30, 2009
Selamat berpuasa / Salam Kemerdekaan / Salam Aidilfitri
....Dikesempatan ini NADIRA JOH FC mengucapkan selamat berpuasa, kepada semua warga Joh bukan sahaja yang menetap di dalam negeri tetapi juga yang merantau diseluruh pelosok tanah air..
Bagi yang akan pulang ke kampung pandulah dengan berhati-hati , semoga saudara yang menyambut ketibaan kita senyum dalam kesyukuran tidak menangis dalam kesedihan..
Juga sempena bulan kemerdekaan, bersama kita kibarkan jalur gemilang bagi menzahirkan semangat patriotik sebagai anak bangsa yang merdeka dan bagi mengenang jasa dan pengorbanan wira dan serikandi negara yang terkorban untuk mempertahankan tanah air yang tercinta.
-Merdeka...Merdeka..Merdeka...
TQ..
Ismails
Saturday, August 15, 2009
Mesyuarat Ke-2 NADIRA FC
......Telah diadakan di NADIRA FC, bermula agak lewat sekitar jam 09.30 malam telah dihadiri hampir majoriti ahli NADIRA JOH FC, walaupun kehadiran ahli yang sama namun insyaAllah kita akan terus cuba meenarik seramai mungkin golongan belia yang walaupun tidak menjadi ahli tetapi sama-sama menyertai setiap program yang dianjurkan oleh kelab.
Sesi percambahan pendapat ini juga menjadi satu platform untuk mendidik golongan belia bagaimana untuk berpersatuan dan menguruskan satu-satu organisasi. Turut dihadiri individu yang banyak memberi sumbangan bukan saja idea dan lain...Cikgu Ya, Abang Khalid dan Abang Aziz dan tanpa kehadiran Cikgu Mae (Mesyuarat ). Kami di NADIRA JOH FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap kehadiran Tuan dan atas sokongan moral yang diberi kami amat berbesar hati...
Perlantikan AJK secara rasmi juga telah berlangsung dimana Cikgu Ya, Abang Khalid, Abang Aziz dan cikgu Mae dipersetujui sebulat suara sebagai Penasihat NADIRA JOH FC.
Pengerusi: Saudara Hisham Mustapha
Bendahari I: Saudara Chia
Bendahari II: Na
Pengurus Pasukan : Saudara Saharuddin Othman
Setiausaha Kerja: Saudara Suhadi Ismail
Ketua Pasukan Bolasepak: Saudara Azharudin (BOB)
Majlis juga membincangkan halatuju kelab dan program-program yang akan dilaksanakan sempena bulan Ramadhan 2009 yang akan datang.
Fully support dari Cikgu Ya serta yang lain dengan kerjasama belia akan mencalonkan kampung Joh di dalam pertandingan kampung tercantik Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri Kelantan.
Berikut sorotan candid sepanjang mesyuarat berlangsung......
...what inside his mind,,,don't know..
...Baru bermula
..Cikgu sedang memberi kata-kata perangsang
..What the matter between Abang Lid and Abang Aziz.
..So tired ke..
14 Ogos 2009
Ismail's
Sunday, August 9, 2009
“Cuit-cuit saja”…..
Naik motokar bersama tunang
Dari Kota Bharu ke Pantai Melawi
Tiap tahun perkara sama dicanang
Zaman Shafei hingga YB Ismail Sabri
Sampai di Melawi terus mandi
Tak ingat dunia hingga tercabut gigi
Walau dipantau setiap hari
Gula tiada tak tahu kemana pergi
Selesai mandi bawa tunang meronda
Penat berjalan didokongnya pula
Walau terus dikawal harganya
Tetap dikatakan tiada oleh peniaga
Kita pulang tepat jam tiga
Sampai simpang di tahan peronda
Kiri kanan asyik pasal gula
Ingat sikit selsema babi melanda
Jam lima petang sampai dirumah
Bakal mentua jeling macam sakit hati
Gula tiada tak leh sabar ke mak Mah
Alternatif lain bukan banyak lagi
Cuit-cuit di petang hari
Jangan terasa di dalam hati
YB Ismail Sabri teruskan lagi
InsyaAllah jasamu akan diberkati
Disini ku susun sepuluh jari
Jika terkasar bahasa didengari
Niat cuma menghibur hati
Bukan kah elok saling ingat-mengingati
TQ…
-WSLM-
Ismail’s
Naik motokar bersama tunang
Dari Kota Bharu ke Pantai Melawi
Tiap tahun perkara sama dicanang
Zaman Shafei hingga YB Ismail Sabri
Sampai di Melawi terus mandi
Tak ingat dunia hingga tercabut gigi
Walau dipantau setiap hari
Gula tiada tak tahu kemana pergi
Selesai mandi bawa tunang meronda
Penat berjalan didokongnya pula
Walau terus dikawal harganya
Tetap dikatakan tiada oleh peniaga
Kita pulang tepat jam tiga
Sampai simpang di tahan peronda
Kiri kanan asyik pasal gula
Ingat sikit selsema babi melanda
Jam lima petang sampai dirumah
Bakal mentua jeling macam sakit hati
Gula tiada tak leh sabar ke mak Mah
Alternatif lain bukan banyak lagi
Cuit-cuit di petang hari
Jangan terasa di dalam hati
YB Ismail Sabri teruskan lagi
InsyaAllah jasamu akan diberkati
Disini ku susun sepuluh jari
Jika terkasar bahasa didengari
Niat cuma menghibur hati
Bukan kah elok saling ingat-mengingati
TQ…
-WSLM-
Ismail’s
Bangsaku…
Untuk apa terpekik melolong
Terus diperkuda dan ditunggangi belakang
Agenda terus diperjuang
Walau gempita hanya di jalanan
Yang senang terus menongkat langit
Si miskin ini terus memohon secubit
Secubit perhatian sekelumit kasihan…
Untuk berjuang meneruskan kehidupan..
Melayu…
Apa yang diperjuangkan..
Jika sekadar omongan kosong cuma..
Bertempik dijalanan
Dihambat sebangsamu..kiblat yang sama..
Sedar wahai bangsaku..
Sekali tersadung itulah ingatmu..
Jangan dibiar maruah terus diinjak
Berapa ramai lagi bangsamu
Berkelana di hentian Serenti.
Mundar-mandir di jalanan sepi
Berpeleseran terus muda dan mudi..
Tidak terhitung para doktor sendiri
Retak menanti belah...
Islam terus diperkotaki…
Politikus rakus menghasut domba..
Membangkit semangat marhain terus bergelora
Yang putih tetap putih yang hitam tiada akan menjadi putih
Bagi mu yang hitam dicorak kelabu,merah juga putih..
Sedarlah,bangkitlah wahai bangsaku..
Tak rela bangsaku terus ditelanjangi
Dimana…dimana..
Semangat Hang Tuah, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau
Jangan hanya terus menyepi.

Subscribe to:
Posts (Atom)